Pages

Tuesday, April 26, 2011

Pemantauan JPN ke PPD Kuala Selangor

Salam,

Pada 12/04/2011 - 13/04/2011,  Pegawai -pegawai JPN telah datang memantau pengurusan Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.

Pada 12/4/2011 - Pegawai JPN En.Mohd Yusof bin Abdul telah ditugaskan untuk memantau pengurusan fail FasiLINUS di PPD.  Beliau amat berpuas hati dengan sistem fail kami dan meminta agar borang pemantauan fasilinus menggunakan perkataan Instrumen Bimbingan, Dapatan Bimbingan dan Maklum balas bimbingan LINUS. Kami telah pun menghantar borang - borang tersebut ke Pengurusan Kualiti untuk sistem ISO seperti yang diarahkan.


 Pada 13/4/2011 Pegawai Fasilinus Tn Hj Misri bin Yahya telah mengiringi pegawai JPN En Mohd Yusof  dan Hajjah Puan Puan telah  memantau   LINUS dan KSSR di sekolah tersebut.  Pegawai Fasilinus Cik Rohaizan menjadi urusetia di SMK Raja Muda Musa untuk Program Peningkatan 2Q BM UPSR 2011.  Manakala, pegawai Fasilinus Pn.Rahayu, Pn Maznah dan En Razif menghadiri Kursus Orientasi Pegawai Baru Dewan Tursina Pusat Pengurusan Latihan di Shah Alam.

En Mohd Yusof dan Tn Hj Misri


En.Azmi Misron (Pen.Pengarah Kanan)JPN sedang memberi taklimat pemantauan


Timbalan PPD, En Hamid Takat


En Ahmad Radzi (Pegawai Meja Literasi)



Pn Jamilah bt Ali (Penyelia Unit Pendidikan Khas) JPN

Tn.Hj Abdul Khalid (Tuan PPD) bersama-sama mendengar dapatan JPN




by: Rahayu

0 ulasan:

Post a Comment