Pages

Saturday, December 18, 2010

mesyuarat penyelarasan PPD Kuala Selangor - by Rahayu Akhesah



Pegawai Pelajaran Daerah dan Timbalan



Ucaptama Tn Hj Khalid bin Jaafar (PPD)


En.Mohd Radzi membentangkan unit Akademik

Mesyuarat Penyelarasan PPD Kuala Selangor telah dilaksanakan untuk membentangkan aktiviti setiap unit di PPD bagi memberi penjelasan tugas mereka dan membuat beberapa penambahbaikan.  Pegawa-pegawai meja PPD telah membentangkan unit masing-masing. Fasilinus sebagai pegawai baru di PPD turut serta dalam mesyuarat tersebut.  Dengan demikian, tugas setiap unit itu adalah lebih jelas.  Beberapa pegawai juga telah  menyatakan pendapat masing-masing dalam memperkasa PPD pada masa hadapan.  Mesyuarat ini telah diadakan seperti berikut:

                Tempat    :  Hotel Heritage Ipoh.
                Tarikh      : 13 - 15 Disember, 2010






Jawatankuasa LINUS 2011 - by Rahayu Akhesah

JAWATANKUASA KERJA LINUS PPD



PENGERUSI                        :   Pegawai Pelajaran Daerah

TIMBALAN PENGERUSI  :  Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
                                              
NAIB PENGERUSI             :   Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Akademik/
    Ketua Unit Akademik

SETIAUSAHA                      :   Pen. PPD Bahasa / Pegawai Penyelaras LINUS
                                                   (Pegawai Meja Literasi)

PEN. SETIAUSAHA            :   Pen. PPD Sains & Matematik
                                                    (Pegawai Meja Numerasi) 

AJK LINUS DAERAH         :   Pegawai Khas/ Pendidikan Khas
                                                :   Pegawai LDP Daerah
                                                :   Penolong Akauntan
:   Majlis Guru Besar
                                                :   Semua FasiLINUS Daerah



JAWATANKUASA  KERJA LINUS  SEKOLAH



PENGERUSI                         :   Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI 1:   Penolong Kanan Pentadbiran
TIMBALAN PENGERUSI 2:   Penolong Kanan Petang

NAIB PENGERUSI 1          :   Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI 2          :   Penolong Kanan Kokurikulum
NAIB PENGERUSI 3          :   Penolong Kanan Pendidikan Khas
                                             
SETIAUSAHA                      :   Guru LINUS (Lit/num)  (Penyelaras LINUS)
PEN. SETIAUSAHA            :   Guru LINUS (lit/num)


AJK LINUS                           :   Ketua Panitia Bahasa Melayu
                                                :   Ketua Panitia Matematik
                                                :   Guru Bahasa Melayu Tahap 1
                                                :   Guru Matematik Tahap 1
:   Guru Pemulihan Khas
:   Guru Pemulihan LINUS
                                                :   Guru Bimbingan & Kaunseling
                                                :   Guru Prasekolah
                                                :   Guru Data/ SMM
                                               

Saturday, December 4, 2010

Hubungi FasiLINUS PPD KUALA SELANGOR - by Rahayu Akhesah

Sebarang persoalan dan permasalahan boleh berhubung dengan kami:

FasiLINUS
Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel    : 03-32891711
Faks : 03-32814024
Emel :

SISTEM FAIL LINUS 2011 (YG DIKEMASKINI) - oleh Rahayu Akhesah

Kepada semua guru mengajar LINUS 2011,  penambahbaikan sistem fail telah dibuat semasa fasilinus berkursus di Port Dickson pada 28 Nov- 30 Nov 2010, bagi memudahkan guru-guru, berikut adalah perkara-perkara yang perlu ada semasa pemeriksaan khas LINUS diadakan:

1.1 Sekolah
1.      Fail Induk
·      Carta Organisasi
·      Pekeliling
·      Surat Menyurat
·      Minit Curai
·      Biodata guru
·      Jadual waktu guru
·      Perancangan Strategik
o     Pelan Strategik – 3 tahun
o     Pelan Tindakan – 1 tahun

2.      Fail Konsep
·     Modul Guru
·     Modul Murid
·     Manual dan Instrumen Saringan LINUS

3.      Fail Minit Mesyuarat
·      Minit Mesyuarat Kurikulum
·      Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
·      Minit Mesyuarat Panitia Matematik
·      Minit Mesyuarat Bimbingan dan Kaunseling

4.      Fail Data
·     Keputusan Saringan
·     Analisis Data Saringan
·     Headcount
·     TOV

5.      Fail Murid
·     Senarai Nama Murid LINUS
·     Rekod/ Surat Pemeriksaan Doktor (jika ada)


Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 PPD K.SEL

Semua fasilinus telah menghadiri kursus tersebut pada:

Tarikh : 1 -3 Disember 2010 (Rabu-Jumaat)
Tempat: Hotel Gold Course, Kelang

Tuan PPD memberi ucap utama


Terima kasih kepada penceramah Tuan PPD, Timb.PPD, En.Halil, En.Zakir, En.Zaimi, En.Rahman dan En.Mohd Yatim serta semua pegawai-pegawai yang terlibat dalam memberi ilmu kepada pegawai-pegawai baru PPD.  Semoga apa yang disampaikan akan dapat memperbaiki kualiti kerja terutama sistem fail dan dokumentasi unit kami.

Sekian, terima kasih.

KEJOHANAN PIALA PENGARAH PELAJARAN SELANGOR 2010 - Rahayu Akhesah

Salam,

Pn.Zaini selaku Pengurus Bola Tampar


bergambar kenangan
Tahniah buat semua fasilinus yang turut terlibat dalam menjayakan kejohanan Piala Pengarah Pelajaran Selangor pada 26 Nov - 28 Nov 2010.  Antara permainan yang telah disertai oleh Fasilinus-fasilinus ialah Sepak Takraw, Futsal, Bola Tampar, Pingpong, Badminton dan Catur.

perkembangan Terbaru sistem fail - oleh Rahayu Akhesah

KEPADA SEMUA GURU TAHUN 1 & 2 (2011) YANG MENGAJAR LINUS:

Sistem fail telah dikemaskini pada mesyuarat pemantapan pendekatan bimbingan fasilinus (Literasi) Bahasa Melayu Neg.Selangor pada 28/11/2010 - 30/11/2010.

Oleh itu, fasilinus akan mula bergerak ke sekolah-sekolah awal tahun hadapan untuk memberi bimbingan dan memeriksa sistem fail semula. Walau bagaimanapun, apa jua berita terkini akan diberitahu melalui surat rasmi dan akan dihantar ke sekolah-sekolah cikgu-cikgu.

Sekian, terima kasih.

Friday, December 3, 2010

Tahniah buat Fasilinus Siti Suhaily bt Mohd Shahree -drpd Rahayu Akhesah

Suhaily (tudung bercorak )
Pada 30 Nov 2010, Pengurusan Akademik, PPD Kuala Selangor telah kehilangan seorang Fasilinus yang sungguh berdedikasi iaitu Siti Suhaily bt Mohd Shahree (Fasilinus Numerasi).  Beliau telah mendapat anugerah Guru Cemerlang dan menerima tawaran tersebut.  Oleh itu, sebagai Guru Cemerlang, jasa beliau lebih diperlukan di sekolah. Kini, beliau telah bertugas semula di sekolah SK Puncak Alam 2.  Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan terima kasih dengan kerjasama dan hubungan yang erat selama ini.

Friday, November 19, 2010

MESYUARAT PEMANTAPAN PENDEKATAN BIMBINGAN FASILINUS (LITERASI ) BAHASA MELAYU NEGERI SELANGOR 2010 - by Rahayu Akhesah


En.Yusof (JPN) sedang memberi taklimat 

En.Radzi (Pen.Peg.PPD K.Sel) turut memberi ucapan beliau.

kusyuk mendengar taklimat


Sektor Pengurusan Akademik, Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat pemantapan pendekatan bimbingan fasilinus (literasi) pada:

Tarikh   :  28 NOV - 30 NOV 2010 (Ahad - Selasa)


Tempat :  Hotel Golden Straits Villas,
               Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selepas ini, Fasilinus berharap dapat memberi bimbingan yang  berkualiti kepada cikgu-cikgu khasnya di Daerah Kuala Selangor. Terima kasih.

TAHNIAH GURU LINUS THN 2, 2011.....by Fasilinus Rahayu Akhesah

Pada 20 - 22 Oktober 2010,  Guru LINUS Tahun 2 Kuala Selangor, 2011 telah mengikuti Kursus LINUS Tahun 2, Kursus Literasi di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands. Kursus Numerasi di Hotel Impian, Morib Banting dan Hotel Putra pada 10 -12 November, 2010. Tahniah kepada yang  mengikuti kursus tersebut. Mana-mana sekolah yang menghantar wakil guru maka pastikan 'in house training telah dilaksanakan.  Kalau tunggu lama-lama nanti, cikgu2 dah terlupa langsung nak buat atau berlaku sebarang kecairan maklumat.  Guru LINUS Tahun 2 telah didedahkan dengan  Modul Guru dan Murid LINUS Tahun 2. Oleh itu, guru mempunyai  peranan  yang amat penting dalam menentukan berjaya atau gagal LINUS Tahun 3, 2012.
FasiLINUS mestilah dimaklumkan tentang tarikh 'in house training' atau kursus dalaman di sekolah masing-masing bagi memberi ruang kepada FasiLINUS memberikan bimbingan yang diperlukan. Guru Pemulihan Khas di sekolah cikgu juga mestilah  didedahkan dengan penggunaan Modul Guru dan Murid Tahun 1 dan 2. Ini merupakan modul utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran LINUS dan LINUS Tegar. Tahniah dari pada kami sekali lagi kerana guru-guru telah dipilih oleh pihak pentadbir dalam melaksanakan LINUS di sekolah.  Guru-guru telah dikenalpasti oleh pentadbir sebagai guru yang komited dalam menjalankan tugas ini.  Anak didik cikgu yang berjaya memasuki aliran perdana adalah kejayaan cikgu yang sentiasa dikenang oleh anak murid dan  jasa2 guru itu hanya dapat dibalas oleh yang Maha Esa.

Sunday, November 14, 2010

headcount (cth) -by Rahayu Akhesah

Headcount
Contoh:
bil
Saringan
tegar
linus
perdana
jumlah
Tov (%)
Etr (%)
Ar (%)
1
Saringan 1
1
4
20
25
90
90
80
2
Saringan 2
0
2
23
25
80
90
92
3
Saringan 3
0
0
25
25
92
90
100


Tov:  perdana            X 100% = ………???
     Jumlah murid


TOV: Take off value
Etr: expected target result
Ar: actual result