Pages

Tuesday, November 8, 2011

KEM LINUS DAERAH KUALA SELANGOR

PELAPORAN KEM LINUS DAERAH KUALA SELANGOR
2011
           
Tarikh            : 27 & 28 September 2011
                        Masa              : 8.00 pagi – 4.30 petang
                        Tempat          : Dewan PPD Lama Kuala Selangor

1.0       PENDAHULUAN

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan program LINUS ini dilaksanakan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah kecuali kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.

Selepas Saringan 5 dijalankan untuk murid-murid Kohort 1 yang kini berada di Tahun 2, didapati seramai 23 orang murid masih tidak melepasi saringan tersebut dan berada di dalam kategori LINUS Tegar. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja LINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khusus yang dikenali sebagai Kem LINUS untuk membantu murid-murid ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan pada 15 Julai 2011.

Oleh itu, Jawatankuasa Kerja LINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan “Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011” yang telah dilaksanakan selama dua hari mulai 27 hingga 28 September 2011 di Dewan PPD Lama Kuala Selangor. Kem LINUS yang diurus setiakan oleh Pegawai-pegawai FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jurulatih Utama Pemulihan Daerah Kuala Selangor untuk membimbing dan membantu murid-murid LINUS Tegar meningkatkan pencapaian kepada satu tahap yang lebih tinggi. Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan tersebut terdiri daripada Pn. Norazizah binti Abdul Hamid, Pn. Zubaidah binti Abdul Kadir dan Pn. Norhasimah binti Tamsi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama murid-murid LINUS Tegar mengikuti Kem LINUS ini adalah Pra Ujian daripada Saringan 5 yang dibimbing oleh guru masing-masing. Kemudian, diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan yang dibuat dalam bentuk permainan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah mengenal abjad dan nombor, aktiviti menyebut dan mencari suku kata, aktiviti membilang, mengenal tubuh badan dan aktiviti senaman ringan.

Pada hari kedua Kem LINUS iaitu 28 September 2011, seorang pegawai KPM daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) iaitu En. Bilezan bin Baghdadi telah hadir memantau perjalanan Kem LINUS Daerah Kuala Selangor.

Aktiviti hari kedua dimulai dengan aktiviti senaman iaitu ‘Chicken Dance’ untuk murid-murid tersebut yang telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai FasiLINUS. Selepas itu, murid-murid LINUS Tegar dikenalkan dengan huruf-huruf vokal dan pengecaman perkataan-perkataan yang mengandungi huruf vokal tersebut. Aktiviti seterusnya dijalankan mengikut stesen dan dikendalikan oleh Jurulatih-jurulatih Pemulihan. Sebanyak tiga buah stesen diwujudkan untuk membantu penguasaan asas literasi dan tiga buah stesen lagi untuk penguasaan asas numerasi murid-murid tersebut. Selepas berakhirnya aktiviti mengikut stesen, murid-murid LINUS Tegar ini menjalani Pasca Ujian daripada Saringan 5 dan didapati seramai tujuh orang murid LINUS Tegar tersebut berjaya menunjukkan peningkatan dan berada dalam kategori LINUS.


2.0       TARIKH & TEMPAT KURSUS

BIL
NAMA KURSUS
TARIKH
TEMPAT
1
Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011
27 – 28 September 2011
Dewan PPD Lama Kuala Selangor





3.0       OBJEKTIF

Objektif kem adalah untuk memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi khusus dalam kumpulan LINUS Tegar dapat menunjukkan peningkatan kepada satu tahap yang lebih tinggi.


4.0       FASILITATOR
Fasilitator Kem LINUS 2011 terdiri daripada Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan:

BIL
NAMA
BIDANG/KEPAKARAN
TEMPAT BERTUGAS
1
Pn. Norazizah bt Abdul Hamid
JU Kebangsaan - Pemulihan
SK Bandar Baru
2
Pn. Zubaidah bt Abdul Kadir
JU Kebangsaan -      Pemulihan
SK Bukit Badong
3
Pn. Norhasimah bt Tamsi
JU Daerah
SK Dato’ Maharaja Lela



5.0       ATURCARA : JADUAL KURSUS / LATIHAN

Hari/Tarikh
08.00 – 10.30
10.30 – 11.00
11.00 – 12.30
12.30 – 02.30
02.30 – 04.30
Selasa
27.09.2011
·      Pendaftaran Peserta
·      Suai Kenal
·      Pra Ujian
Rehat / Kudapan
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK 1)
Makan Tengahari / Solat
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK 2)

Rabu
28.09.2011
·      Senam Pagi
·      Aktiviti LDK 3
Rehat / Kudapan
Aktiviti LDK 4
Makan Tengahari / Solat
Pasca Ujian / Penutup






6.0       LAPORAN ANALISIS BILANGAN PESERTA

Kumpulan Kursus

Urus Setia/Pegawai FasiLINUS/Pegawai PPD/Fasilitator/Guru Pengiring

Jumlah Peserta
Jantina
Peratus Kehadiran Murid
Lelaki
Perempuan
Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011
50
23
15
Hadir: 11
8
Hadir: 8
83%
Jumlah Keseluruhan
50
19
11
8
83%


7.0       PENILAIAN KURSUS / LATIHAN

Perkara
Rumusan Penilaian
1.      Isi kandungan kem
BAIK
2.      Fasilitator
BAIK
3.      Pengurusan Tempat
BAIK



8.0       RUMUSAN          
            Pelaksanaan Kem LINUS merupakan satu langkah intervensi yang diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid dalam literasi dan numerasi khususnya murid-murid LINUS Tegar. Ia telah dilaksanakan dengan jayanya pada peringkat daerah Kuala Selangor. Kem LINUS yang diuruskan oleh Pegawai FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mendapat kerjasama yang padu daripada tiga orang Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan Daerah Kuala Selangor.
            Pelbagai bahan bantu mengajar telah disediakan oleh Jurulatih Utama Pemulihan untuk membantu murid-murid LINUS Tegar untuk menguasai konstruk-konstruk literasi dan numerasi semasa berlangsungnya Kem LINUS. Perkongsian bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu guru-guru pengiring berkongsi kaedah dan teknik mengajar yang boleh diaplikasikan di dalam kelas kepada murid-murid LINUS Tegar.
            Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid LINUS Tegar juga dapat menarik perhatian mereka. Kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama murid-murid LINUS Tegar dan terlibat secara aktif. Murid-murid turut berasa seronok dan gembira disamping dapat meningkatkan penguasaan asas literasi dan numerasi mereka.
            Ibu bapa murid-murid LINUS Tegar turut hadir memberi sokongan untuk anak-anak mereka. Guru-guru pengiring memberi kerjasama yang baik dan terlibat di dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Hasil daripada Kem LINUS yang dijalankan khususnya kepada murid-murid, guru-guru pengiring yang terdiri daripada guru Pemulihan Khas dan ibu bapa dapat memberi manfaat yang besar dan perkongsian ilmu yang diperolehi dapat dilaksanakan sama ada di rumah atau di sekolah.
Sekian.
                      GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEM LINUS DILAKSANAKAN


peg.FasiLINUS PPD Kuala Selangor turut serta dalam segmen 'tarian Chicken Dance' sebelum memulakan sesi....
















Add caption




 
bergambar kenangan


Bersama-sama peg.meja En Ahmad Radzi dan pegawai BPSH dari KPM En Belizan Baghdadi





0 ulasan:

Post a Comment