Pages

Tuesday, November 8, 2011

PROGRAM SENTUHAN LINUS DAERAH KUALA SELANGOR

          Program Sentuhan LINUS Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 11, 12 dan 14 Oktober 2011. Program ini telah disertai oleh 70 buah sekolah rendah bagi daerah Kuala Selangor yang melibatkan 140 orang guru (1 guru Literasi dan 1 guru Numerasi bagi setiap sekolah). Program ini merupakan Sub Program Ke – 9

Idea Sentuhan LINUS ini diilhamkan setelah mengambil kira keluhan guru-guru yang masih belum dapat mengaplikasikan kemahiran mengajar di kelas bercampur (LINUS dan arus Perdana). Pada awalnya objektif program adalah memberi bimbingan kepada guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS secara didik hibur terutama di kelas LINUS bercampur. Namun berdasarkan pengalaman FasiLINUS dalam lawatan kerja di Kem Linus Daerah Gombak dan Kem Linus Daerah Hulu Langat, tercetuslah idea untuk dikongsi bersama-sama dengan guru LINUS tentang pedagogi dan penghasilan BBB (Bahan Bantu Belajar) yang mudah, kreatif dan mampu menjana peningkatan prestasi murid LINUS khasnya.

Sentuhan LINUS ini juga telah mencapai objektif program yang mana bimbingan secara bersemuka telah diberikan oleh semua FasiLINUS kepada guru-guru berfokuskan pedagogi berbantukan bahan yang dibina sendiri oleh FasiLINUS dalam Slot 1 “Belajarlah Sayang”.

Seterusnya, percambahan fikiran daripada para peserta juga telah dilaksanakan dalam Slot 2 dan Slot 3 iaitu “Asah Minda” dan “Mari Bersukaria”. Melalui slot ini peserta telah diberi peluang untuk reka bentuk pengajaran berbantukan bahan. Peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan literasi dan numerasi yang mana mereka ditugaskan untuk membina bahan dan mempersembahkan simulasi penggunaan BBB tersebut dalamtempoh masa 20 hingga 30 minit bagi setiap kumpulan.

Keseluruhannya, Program Sentuhan LINUS ini telah berjaya dilaksanakan dengan impak nilai program sebanyak 4.30. Amatlah diharapkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan ini dapat memberi impak yang positif kepada guru-guru dalam usaha penambahbaikan pengajaran pembelajaran mereka di sekolah.

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI SENTUHAN LINUS


8.1     PENDAHULUAN

Semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam Sentuhan LINUS. Semua peserta juga memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Sentuhan LINUS tersebut.


8.2     PENDAFTARAN PESERTA

8.2.1  Pendaftaran peserta bermula pada pukul 7.45am – 8.15am bagi ketiga-tiga hari Sentuhan LINUS.

8.2.2  Peserta-peserta terdiri daripada dua orang guru bagi setiap sekolah (mewakili guru LINUS Literasi dan Numerasi Tahun 1)

8.2.3  Peserta setiap sekolah telah hadir dengan jayanya bagi setiap Zon. Peserta dari Zon A yang tidak dapat menghadiri program hari pertama atas sebab kesihatan, telah hadir pada hari berikutnya mengikut Zon C.

8.2.4  Setiap peserta dibekalkan dengan risalah program.
         


8.3     SLOT 1
UCAPTAMA PERASMIAN

8.3.1  Ucaptama Perasmian Pembukaan Sentuhan Linus telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Siti Zaiton binti Selamat, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor.

8.3.2  Antara intipati Ucaptama Perasmian Sentuhan Linus adalah:

a.       Guru mesti sentiasa mengambil tahu tentang agenda dan dasar-dasar kerajaan terutamanya yang melibatkan program LINUS.
b.       NKRA pendidikan menetapkan sasaran supaya murid-murid Tahap 1 boleh menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid-murid yang berkeperluan khas.
c.       Guru LINUS perlu berasa bangga kerana diberi peluang mendidik anak-anak kecil daripada tidak tahu kepada pandai membaca, menulis dan mengira.

8.3.3  Tuan PPD merasmikan Program Sentuhan LINUS 2011



8.4     SLOT 2
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCAMPUR LITERASI DAN NUMERASI. (BELAJARLAH SAYANG)

PELAKSANAAN AKTIVITI :

8.4.1  Bagi Slot ini, peserta disajikan dengan enam stesen aktiviti yang mencakupi teknik pengajaran berbantukan bahan bagi Literasi dan Numerasi. Aktiviti di stesen dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilinus.

8.4.2  Antara aktiviti tersebut ialah :
a.     Pancing Ikan (Literasi)
b.     Domino Kata (Literasi)
c.     Jejak Harta Karun (Literasi)
d.     Rama-rama (Numerasi)
e.     Bowling Dot Dot (Numerasi)
f.       Belon Berirama (Numerasi)

8.4.3  Fasilinus memberi taklimat ringkas tentang setiap aktiviti dan peserta diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan teknik dan bahan yang disediakan.

8.4.4  Kesemua aktiviti stesen yang diwujudkan boleh digunapakai untuk pengajaran pembelajaran Literasi dan Numerasi.



8.5     SLOT 3 DAN SLOT 4

PERBENGKELAN BBM  LITERASI DAN NUMERASI (ASAH MINDA)
PERBENTANGAN BBM LITERASI DAN NUMERASI (MARI BERSUKA RIA)

8.5.1  Setelah disajikan dengan permainan di stesen-stesen dalam Slot Belajarlah Sayang, peserta-peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 3 kumpulan Literasi dan 3 Kumpulan Numerasi.

8.5.2  Setiap kumpulan diarahkan untuk merancang dan pembelajaran berbantukan bahan. Masa yang diberikan untuk penyediaan bahan pengajaran adalah 1 jam 30 minit.

8.5.3  Antara perkara yang ditetapkan ialah:

a.     Tema                     :        Berpandukan Buku Teks KSSR Bahasa Malaysia Tahun
                                      1 dan Modul LINUS Tahun 1
b.     Masa Pengajaran    :        Tidak lebih 10 minit
c.     Fokus                    :        Didik Hibur
d.     Bahan BBM             :        Mudah dan kreatif

8.5.4  Setiap kumpulan telah melaksanakan aktiviti dengan baik. Rekabentuk bahan yang dihasilkan amat kreatif, mudah, menepati tema dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas LINUS dan Perdana.

REFLEKSI :

·         Slot ini memberikan impak yang tinggi kepada semua guru untuk membina bahan yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk belajar.
·         Slot ini juga memberikan pendedahan tentang teknik-teknik pengajaran berbentuk hiburan.
·         Aktiviti seperti ini hendaklah dipanjangkan diperingkat sekolah agar dapat dikongsi bersama-sama dengan guru lain.
video

                                                

1 ulasan:

victoria_secret said...

salam..boleh tak berikan contoh kertas permainan tadi dan cara pelaksanaannyee.
mhezry@gmail.com

Post a Comment