Pages

Friday, August 26, 2011

mesyuarat post mortem LINUS saringan 2 dan 5, 2011 daerah Kuala Selangor

Salam,

Alhamdulillah, kita baru sahaja melaksanakan post mortem saringan 2 dan 5 LINUS pada 25hb Ogos 2011 (Khamis) dengan semua penyelaras LINUS 70 buah sekolah.  Mesyuarat diadakan di Dewan PPD Lama Daerah Kuala Selangor.

Dalam mesyuarat tersebut, mereka didedahkan pencapaian sekolah mereka pda saringan 2 Kohort 2 dan saringan 5 Kohort 1.  Sekolah-sekolah yang mencapai 100% dan mencapai peratus NKRA dan jabatan  diucapkan tahniah.  Bagi sekolah-sekolah yang mendapat 100% akan dianugerahkan sijil penghargaan kepada sekolah mereka.

Ramai Penyelaras LINUS telah faham tentang keperluan LINUS yang mana mereka dapat menjustifikasi setiap murid tegar yang ada di sekolah mereka.  Ini bermakna, LINUS semakin diambil berat oleh pihak sekolah.  Alhamdulillah, semoga kerjasama pegawai FasiLINUS dengan semua pentadbir, penyelaras LINUS, guru-guru LINUS dan guru-guru pemulihan sentiasa terjalin erat.

                          Berikut gambar-gambar sekitar mesyuart post mortem dijalankan





pegawai meja turut hadir

cik Rohaizan (peg.FasiLINUS) memberikan taklimat post mortem

seorang guru menjustifikasi murid tegar di sekolah beliau

En RAdzi (Peg.Meja Literasi) memberi ucaptama

Antara guru penyelaras LINUS yang hadir




En.Razif (peg>FasiLINUS) sbg pengacara majlis












Peg.FasiLNUS dari kiri: Pn Puvaneswari, Pn Norlela, Cik Rohaizan dan Pn Rahayu



Setiap kali saringan dijalankan pasti taklimat akan diadakan dan laporan post mortem setiap saringan juga dilaksanakan agar LINUS di daerah kami dapat diberi bimbingan dan diberi perhatian.  Semoga mereka dapat belajar di arus Perdana dengan usaha gigih daripada guru-guru LINUS di daerah Kuala Selangor.

Sekian.