Pages

Tuesday, November 8, 2011

KURSUS PELAKSANAAN LINUS TAHUN 3, 2012 DAERAH KUALA SELANGOR

       

Unit LINUS telah melaksanakan Kursus LINUS Tahun 3 sebagai persediaan untuk guru-guru yang akan mengajar kelas LINUS tahun 2012 nanti.   Walaupun jumlah murid LINUS untuk tahun 2012 semakin menguncup jumlahnya namun kita merasakan persediaan amat perlu dari segi fizikal dan mental untuk guru-guru tersebut.  Maklumlah,  kita sendiri telah banyak mendengar keluhan cikgu bahawa kalau mengajar kelas LINUS melibatkan banyak kerja.  Sebelum ini, mereka juga telah disogokkan dengan perlunya membuat Bahan Bantu Belajar (BBB) yang banyak.  Oleh itu,  kursus ini kita telah memberi pendedahan tentang LINUS secara holistik  agar mereka tidak perlu ragu-ragu tentang  LINUS malah lebih rasa teruja untuk mengajar kelas LINUS pada tahun hadapan. 

            Bagi memberi keselesaan kepada guru-guru dan memastikan input yang akan diberi lebih jitu dan mantap  maka kursus ini telah dibahagikan kepada 2 zon iaitu A dan B melibatkan seorang guru Literasi dan seorang guru Numerasi.  Kursus ini juga diadakan selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 November 2011  bertempat di Dewan PPD Lama, Kuala Selangor. 

            Sebagai rumusan,  segala penerangan tentang keperluan kelas LINUS  telah berjaya membuatkan guru-guru lebih bersedia mengajar kelas LINUS berdasarkan laporan penilaian daripada  guru-guru tersebut  yang mana ada di antara mereka mahukan kursus tentang ‘didik hibur’ secara lebih mendalam.  Kursus ini juga merupakan salah satu cara untuk pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor mengeratkan hubungan dan menjalinkan ikatan mesra dengan guru-guru LINUS tahun 2012.

Gambar sekitar kursus LINUS Tahun 3, 2012





Tn Hj Misri menerangkan slot Apa Dia LINUS?


En Ahmad Radzi (Pegawai Meja Literasi) menyampaikan ucaptama


En Mohd Razif menerangkan Sistem Fail LINUS

Pn Rahayu menerangkan slot Terokai Alam LINUS



Cik Rohaizan menerangkan tentang RPH LINUS

guru-guru Thn 3 yang hadir semasa kursus

Pn Norlela memberi taklimat perjalanan kursus


Penglibatan FasiLINUS, Penyelaras LINUS guru-guru LINUS dalam menjayakan  program LINUS ini telah banyak membantu guru-guru LINUS dalam memberi input dan output untuk pemantapan LINUS di Daerah Kuala Selangor. 

0 ulasan:

Post a Comment