Pages

Tuesday, March 6, 2012

Tarikh Saringan Lisan dan Bertulis Kohort 1, 2 dan 3

Kepada semua penyelaras LINUS dan guru-guru LINUS,

Saringan Lisan  dilaksanakan pada:

Tarikh : 27 Februari - 30 Mac 2012

Saringan Bertulis dijalankan pada:

Tarikh : 02 April hingga 06 April 2012.

Pengisian data: 09 - 20 April 2012.

Harap Maklum.

Taklimat LINUS kepada ibu bapa bekerjasama dengan SK Berjaya

Taklimat LINUS bersama-sama ibu bapa dijalankan pada 29 Februari 2012 (Rabu).  Kami amat berbesar hati dengan jemputan oleh pihak sekolah untuk berkolaborasi memberi penerangan tentang pelaksanaan LINUS di sekolah. 

Ternyata ibu bapa sangat teruja dengan contoh aktiviti didik hibur yang ditunjukkan oleh pasukan kami.  Kerjasama daripada pihak sekolah terutama Guru Besar Pn.Hajah Norleha bt Tamsir, GPK1 En.Ahmad  Nasir dan penyelaras LINUS Pn Masnon diucapkan ribuan terima kasih.

kami kongsikan bersama-sama beberapa foto berikut:



En.Ahmad Radzi Pegawai Meja Literasi memberi ucapan
bacaan doa
penerangan LINUS oleh Tn Hj Misri
Pn.Rahayu memberi penerangan P & P LINUS
Dari kiri: Rohaizan, Pn Masnon (penyelaras LINUS), Pn Rahayu, Pn Nor lela




En.Muhammad Razif merakamkan gambar sesi taklimat
Gambar sekitar Taklimat dijalankan



Terima kasih kepada  semua warga SK Berjaya

Friday, December 2, 2011

Kejohanan Piala Pengarah di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Salam,

Pada 18 Nov - 19 Nov 2011, kejohanan Piala Pengarah antara PPD, JPN BTPN telah berlangsung di Daerah Hulu Selangor.

Peg.FasiLINUS wanita  telah menyertai pasukan bola tampar dan lelaki pula bermain dalam sepak takraw.  Dalam pertandingan tersebut, pasukan sepak takraw yang diwakili salah seorang Peg Fasilinus Numerasi iaitu Tn Hj Misri  telah muncul juara.  Namun,  pasukan bola tampar yang diwakili oleh peg.Fasilinus Cik Rohaizan, Pn Norlela  dan  Pn Rahayu gagal mendapat kemenangan. 
Secara keseluruhannya, kami sangat gembira  dapat menyumbang bakti  walaupun  sumbangan kami tidaklah sebesar mana.  Apa yang penting adalah kerjasama yang erat antara kami dan kakitangan PPD Daerah  kami dan daerah-daerah yang lain.

BARISAN PEMAIN BOLA TAMPAR BERGAMBAR DENGAN TPPD EN.ABDUL HAMID TAKAT..
Add caption





Tuesday, November 8, 2011

KURSUS PELAKSANAAN LINUS TAHUN 3, 2012 DAERAH KUALA SELANGOR

       

Unit LINUS telah melaksanakan Kursus LINUS Tahun 3 sebagai persediaan untuk guru-guru yang akan mengajar kelas LINUS tahun 2012 nanti.   Walaupun jumlah murid LINUS untuk tahun 2012 semakin menguncup jumlahnya namun kita merasakan persediaan amat perlu dari segi fizikal dan mental untuk guru-guru tersebut.  Maklumlah,  kita sendiri telah banyak mendengar keluhan cikgu bahawa kalau mengajar kelas LINUS melibatkan banyak kerja.  Sebelum ini, mereka juga telah disogokkan dengan perlunya membuat Bahan Bantu Belajar (BBB) yang banyak.  Oleh itu,  kursus ini kita telah memberi pendedahan tentang LINUS secara holistik  agar mereka tidak perlu ragu-ragu tentang  LINUS malah lebih rasa teruja untuk mengajar kelas LINUS pada tahun hadapan. 

            Bagi memberi keselesaan kepada guru-guru dan memastikan input yang akan diberi lebih jitu dan mantap  maka kursus ini telah dibahagikan kepada 2 zon iaitu A dan B melibatkan seorang guru Literasi dan seorang guru Numerasi.  Kursus ini juga diadakan selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 November 2011  bertempat di Dewan PPD Lama, Kuala Selangor. 

            Sebagai rumusan,  segala penerangan tentang keperluan kelas LINUS  telah berjaya membuatkan guru-guru lebih bersedia mengajar kelas LINUS berdasarkan laporan penilaian daripada  guru-guru tersebut  yang mana ada di antara mereka mahukan kursus tentang ‘didik hibur’ secara lebih mendalam.  Kursus ini juga merupakan salah satu cara untuk pegawai FasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor mengeratkan hubungan dan menjalinkan ikatan mesra dengan guru-guru LINUS tahun 2012.

Gambar sekitar kursus LINUS Tahun 3, 2012





Tn Hj Misri menerangkan slot Apa Dia LINUS?


En Ahmad Radzi (Pegawai Meja Literasi) menyampaikan ucaptama


En Mohd Razif menerangkan Sistem Fail LINUS

Pn Rahayu menerangkan slot Terokai Alam LINUS



Cik Rohaizan menerangkan tentang RPH LINUS

guru-guru Thn 3 yang hadir semasa kursus

Pn Norlela memberi taklimat perjalanan kursus


Penglibatan FasiLINUS, Penyelaras LINUS guru-guru LINUS dalam menjayakan  program LINUS ini telah banyak membantu guru-guru LINUS dalam memberi input dan output untuk pemantapan LINUS di Daerah Kuala Selangor. 

PROGRAM SENTUHAN LINUS DAERAH KUALA SELANGOR

          Program Sentuhan LINUS Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 11, 12 dan 14 Oktober 2011. Program ini telah disertai oleh 70 buah sekolah rendah bagi daerah Kuala Selangor yang melibatkan 140 orang guru (1 guru Literasi dan 1 guru Numerasi bagi setiap sekolah). Program ini merupakan Sub Program Ke – 9

Idea Sentuhan LINUS ini diilhamkan setelah mengambil kira keluhan guru-guru yang masih belum dapat mengaplikasikan kemahiran mengajar di kelas bercampur (LINUS dan arus Perdana). Pada awalnya objektif program adalah memberi bimbingan kepada guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS secara didik hibur terutama di kelas LINUS bercampur. Namun berdasarkan pengalaman FasiLINUS dalam lawatan kerja di Kem Linus Daerah Gombak dan Kem Linus Daerah Hulu Langat, tercetuslah idea untuk dikongsi bersama-sama dengan guru LINUS tentang pedagogi dan penghasilan BBB (Bahan Bantu Belajar) yang mudah, kreatif dan mampu menjana peningkatan prestasi murid LINUS khasnya.

Sentuhan LINUS ini juga telah mencapai objektif program yang mana bimbingan secara bersemuka telah diberikan oleh semua FasiLINUS kepada guru-guru berfokuskan pedagogi berbantukan bahan yang dibina sendiri oleh FasiLINUS dalam Slot 1 “Belajarlah Sayang”.

Seterusnya, percambahan fikiran daripada para peserta juga telah dilaksanakan dalam Slot 2 dan Slot 3 iaitu “Asah Minda” dan “Mari Bersukaria”. Melalui slot ini peserta telah diberi peluang untuk reka bentuk pengajaran berbantukan bahan. Peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan literasi dan numerasi yang mana mereka ditugaskan untuk membina bahan dan mempersembahkan simulasi penggunaan BBB tersebut dalamtempoh masa 20 hingga 30 minit bagi setiap kumpulan.

Keseluruhannya, Program Sentuhan LINUS ini telah berjaya dilaksanakan dengan impak nilai program sebanyak 4.30. Amatlah diharapkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan ini dapat memberi impak yang positif kepada guru-guru dalam usaha penambahbaikan pengajaran pembelajaran mereka di sekolah.

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI SENTUHAN LINUS


8.1     PENDAHULUAN

Semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam Sentuhan LINUS. Semua peserta juga memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Sentuhan LINUS tersebut.


8.2     PENDAFTARAN PESERTA

8.2.1  Pendaftaran peserta bermula pada pukul 7.45am – 8.15am bagi ketiga-tiga hari Sentuhan LINUS.

8.2.2  Peserta-peserta terdiri daripada dua orang guru bagi setiap sekolah (mewakili guru LINUS Literasi dan Numerasi Tahun 1)

8.2.3  Peserta setiap sekolah telah hadir dengan jayanya bagi setiap Zon. Peserta dari Zon A yang tidak dapat menghadiri program hari pertama atas sebab kesihatan, telah hadir pada hari berikutnya mengikut Zon C.

8.2.4  Setiap peserta dibekalkan dengan risalah program.
         


8.3     SLOT 1
UCAPTAMA PERASMIAN

8.3.1  Ucaptama Perasmian Pembukaan Sentuhan Linus telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Siti Zaiton binti Selamat, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor.

8.3.2  Antara intipati Ucaptama Perasmian Sentuhan Linus adalah:

a.       Guru mesti sentiasa mengambil tahu tentang agenda dan dasar-dasar kerajaan terutamanya yang melibatkan program LINUS.
b.       NKRA pendidikan menetapkan sasaran supaya murid-murid Tahap 1 boleh menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid-murid yang berkeperluan khas.
c.       Guru LINUS perlu berasa bangga kerana diberi peluang mendidik anak-anak kecil daripada tidak tahu kepada pandai membaca, menulis dan mengira.

8.3.3  Tuan PPD merasmikan Program Sentuhan LINUS 2011



8.4     SLOT 2
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCAMPUR LITERASI DAN NUMERASI. (BELAJARLAH SAYANG)

PELAKSANAAN AKTIVITI :

8.4.1  Bagi Slot ini, peserta disajikan dengan enam stesen aktiviti yang mencakupi teknik pengajaran berbantukan bahan bagi Literasi dan Numerasi. Aktiviti di stesen dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilinus.

8.4.2  Antara aktiviti tersebut ialah :
a.     Pancing Ikan (Literasi)
b.     Domino Kata (Literasi)
c.     Jejak Harta Karun (Literasi)
d.     Rama-rama (Numerasi)
e.     Bowling Dot Dot (Numerasi)
f.       Belon Berirama (Numerasi)

8.4.3  Fasilinus memberi taklimat ringkas tentang setiap aktiviti dan peserta diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan teknik dan bahan yang disediakan.

8.4.4  Kesemua aktiviti stesen yang diwujudkan boleh digunapakai untuk pengajaran pembelajaran Literasi dan Numerasi.



8.5     SLOT 3 DAN SLOT 4

PERBENGKELAN BBM  LITERASI DAN NUMERASI (ASAH MINDA)
PERBENTANGAN BBM LITERASI DAN NUMERASI (MARI BERSUKA RIA)

8.5.1  Setelah disajikan dengan permainan di stesen-stesen dalam Slot Belajarlah Sayang, peserta-peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 3 kumpulan Literasi dan 3 Kumpulan Numerasi.

8.5.2  Setiap kumpulan diarahkan untuk merancang dan pembelajaran berbantukan bahan. Masa yang diberikan untuk penyediaan bahan pengajaran adalah 1 jam 30 minit.

8.5.3  Antara perkara yang ditetapkan ialah:

a.     Tema                     :        Berpandukan Buku Teks KSSR Bahasa Malaysia Tahun
                                      1 dan Modul LINUS Tahun 1
b.     Masa Pengajaran    :        Tidak lebih 10 minit
c.     Fokus                    :        Didik Hibur
d.     Bahan BBM             :        Mudah dan kreatif

8.5.4  Setiap kumpulan telah melaksanakan aktiviti dengan baik. Rekabentuk bahan yang dihasilkan amat kreatif, mudah, menepati tema dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas LINUS dan Perdana.

REFLEKSI :

·         Slot ini memberikan impak yang tinggi kepada semua guru untuk membina bahan yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk belajar.
·         Slot ini juga memberikan pendedahan tentang teknik-teknik pengajaran berbentuk hiburan.
·         Aktiviti seperti ini hendaklah dipanjangkan diperingkat sekolah agar dapat dikongsi bersama-sama dengan guru lain.

                                                

KEM LINUS DAERAH KUALA SELANGOR

PELAPORAN KEM LINUS DAERAH KUALA SELANGOR
2011
           
Tarikh            : 27 & 28 September 2011
                        Masa              : 8.00 pagi – 4.30 petang
                        Tempat          : Dewan PPD Lama Kuala Selangor

1.0       PENDAHULUAN

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan program LINUS ini dilaksanakan adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah kecuali kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.

Selepas Saringan 5 dijalankan untuk murid-murid Kohort 1 yang kini berada di Tahun 2, didapati seramai 23 orang murid masih tidak melepasi saringan tersebut dan berada di dalam kategori LINUS Tegar. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja LINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khusus yang dikenali sebagai Kem LINUS untuk membantu murid-murid ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan pada 15 Julai 2011.

Oleh itu, Jawatankuasa Kerja LINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan “Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011” yang telah dilaksanakan selama dua hari mulai 27 hingga 28 September 2011 di Dewan PPD Lama Kuala Selangor. Kem LINUS yang diurus setiakan oleh Pegawai-pegawai FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jurulatih Utama Pemulihan Daerah Kuala Selangor untuk membimbing dan membantu murid-murid LINUS Tegar meningkatkan pencapaian kepada satu tahap yang lebih tinggi. Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan tersebut terdiri daripada Pn. Norazizah binti Abdul Hamid, Pn. Zubaidah binti Abdul Kadir dan Pn. Norhasimah binti Tamsi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama murid-murid LINUS Tegar mengikuti Kem LINUS ini adalah Pra Ujian daripada Saringan 5 yang dibimbing oleh guru masing-masing. Kemudian, diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan yang dibuat dalam bentuk permainan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah mengenal abjad dan nombor, aktiviti menyebut dan mencari suku kata, aktiviti membilang, mengenal tubuh badan dan aktiviti senaman ringan.

Pada hari kedua Kem LINUS iaitu 28 September 2011, seorang pegawai KPM daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) iaitu En. Bilezan bin Baghdadi telah hadir memantau perjalanan Kem LINUS Daerah Kuala Selangor.

Aktiviti hari kedua dimulai dengan aktiviti senaman iaitu ‘Chicken Dance’ untuk murid-murid tersebut yang telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai FasiLINUS. Selepas itu, murid-murid LINUS Tegar dikenalkan dengan huruf-huruf vokal dan pengecaman perkataan-perkataan yang mengandungi huruf vokal tersebut. Aktiviti seterusnya dijalankan mengikut stesen dan dikendalikan oleh Jurulatih-jurulatih Pemulihan. Sebanyak tiga buah stesen diwujudkan untuk membantu penguasaan asas literasi dan tiga buah stesen lagi untuk penguasaan asas numerasi murid-murid tersebut. Selepas berakhirnya aktiviti mengikut stesen, murid-murid LINUS Tegar ini menjalani Pasca Ujian daripada Saringan 5 dan didapati seramai tujuh orang murid LINUS Tegar tersebut berjaya menunjukkan peningkatan dan berada dalam kategori LINUS.


2.0       TARIKH & TEMPAT KURSUS

BIL
NAMA KURSUS
TARIKH
TEMPAT
1
Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011
27 – 28 September 2011
Dewan PPD Lama Kuala Selangor





3.0       OBJEKTIF

Objektif kem adalah untuk memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi khusus dalam kumpulan LINUS Tegar dapat menunjukkan peningkatan kepada satu tahap yang lebih tinggi.


4.0       FASILITATOR
Fasilitator Kem LINUS 2011 terdiri daripada Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan:

BIL
NAMA
BIDANG/KEPAKARAN
TEMPAT BERTUGAS
1
Pn. Norazizah bt Abdul Hamid
JU Kebangsaan - Pemulihan
SK Bandar Baru
2
Pn. Zubaidah bt Abdul Kadir
JU Kebangsaan -      Pemulihan
SK Bukit Badong
3
Pn. Norhasimah bt Tamsi
JU Daerah
SK Dato’ Maharaja Lela



5.0       ATURCARA : JADUAL KURSUS / LATIHAN

Hari/Tarikh
08.00 – 10.30
10.30 – 11.00
11.00 – 12.30
12.30 – 02.30
02.30 – 04.30
Selasa
27.09.2011
·      Pendaftaran Peserta
·      Suai Kenal
·      Pra Ujian
Rehat / Kudapan
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK 1)
Makan Tengahari / Solat
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK 2)

Rabu
28.09.2011
·      Senam Pagi
·      Aktiviti LDK 3
Rehat / Kudapan
Aktiviti LDK 4
Makan Tengahari / Solat
Pasca Ujian / Penutup






6.0       LAPORAN ANALISIS BILANGAN PESERTA

Kumpulan Kursus

Urus Setia/Pegawai FasiLINUS/Pegawai PPD/Fasilitator/Guru Pengiring

Jumlah Peserta
Jantina
Peratus Kehadiran Murid
Lelaki
Perempuan
Kem LINUS Daerah Kuala Selangor 2011
50
23
15
Hadir: 11
8
Hadir: 8
83%
Jumlah Keseluruhan
50
19
11
8
83%


7.0       PENILAIAN KURSUS / LATIHAN

Perkara
Rumusan Penilaian
1.      Isi kandungan kem
BAIK
2.      Fasilitator
BAIK
3.      Pengurusan Tempat
BAIK



8.0       RUMUSAN          
            Pelaksanaan Kem LINUS merupakan satu langkah intervensi yang diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid dalam literasi dan numerasi khususnya murid-murid LINUS Tegar. Ia telah dilaksanakan dengan jayanya pada peringkat daerah Kuala Selangor. Kem LINUS yang diuruskan oleh Pegawai FasiLINUS Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor telah mendapat kerjasama yang padu daripada tiga orang Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan Daerah Kuala Selangor.
            Pelbagai bahan bantu mengajar telah disediakan oleh Jurulatih Utama Pemulihan untuk membantu murid-murid LINUS Tegar untuk menguasai konstruk-konstruk literasi dan numerasi semasa berlangsungnya Kem LINUS. Perkongsian bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu guru-guru pengiring berkongsi kaedah dan teknik mengajar yang boleh diaplikasikan di dalam kelas kepada murid-murid LINUS Tegar.
            Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid LINUS Tegar juga dapat menarik perhatian mereka. Kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama murid-murid LINUS Tegar dan terlibat secara aktif. Murid-murid turut berasa seronok dan gembira disamping dapat meningkatkan penguasaan asas literasi dan numerasi mereka.
            Ibu bapa murid-murid LINUS Tegar turut hadir memberi sokongan untuk anak-anak mereka. Guru-guru pengiring memberi kerjasama yang baik dan terlibat di dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Hasil daripada Kem LINUS yang dijalankan khususnya kepada murid-murid, guru-guru pengiring yang terdiri daripada guru Pemulihan Khas dan ibu bapa dapat memberi manfaat yang besar dan perkongsian ilmu yang diperolehi dapat dilaksanakan sama ada di rumah atau di sekolah.
Sekian.
                      GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEM LINUS DILAKSANAKAN


peg.FasiLINUS PPD Kuala Selangor turut serta dalam segmen 'tarian Chicken Dance' sebelum memulakan sesi....
















Add caption




 
bergambar kenangan


Bersama-sama peg.meja En Ahmad Radzi dan pegawai BPSH dari KPM En Belizan Baghdadi