Pages

Tuesday, April 26, 2011

Selamat Datang Pegawai Fasilinus Baru PPD Kuala Selangor

Selamat Sejahtera,

Untuk makluman semua guru di Daerah Kuala Selangor, kita menerima dua orang lagi Pegawai FasiLINUS yang baru iaitu  Cik Rohaizan bt Mohamad Sahid dari SK Puncak Alam 2 berkuatkuasa pada 21/2/2011 dan Pn.S Puvaneswari dari SJK(T) Gandiji berkuatkuasa pada 25/4/2011. 
Mereka  akan membantu untuk membimbing guru-guru tentang LINUS NUMERASI dan akan turut turun ke sekolah-sekolah untuk memberi bimbingan.  Bersama-samalah kita menggembleng tenaga  ke arah LINUS sifar di Daerah Kuala Selangor.

Sekian.

by: Rahayu

waktu guru pemulihan

salam
selamat sejahtera..

Berikut disertakan waktu guru pemulihan yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru-guru pemulihan.

PEMULIHAN
·      SURAT PUNCA KUASA BERKAITAN PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PELAKSANAAN PROGRAM LINUS BERTARIKH 4 OGOS DARI KPM.
·      GURU PERLU MENGAMBIL MURID LINUS TEGAR(WITHDRAWAL)
JADUAL WAKTU GURU PEMULIHAN


TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
BAHASA MELAYU

8
8
MATEMATIK


7
7

               
JADUAL WAKTU GURU PEMULIHAN-SELEPAS SARINGAN 2(KOHORT 2)-SK


TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
BAHASA MELAYU
6
6
4
MATEMATIK

5
5
4


JADUAL WAKTU GURU PEMULIHAN-SELEPAS SARINGAN 1(KOHORT 2)-SJKT DAN SJKC


TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
BAHASA MELAYU
10
9
9
MATEMATIK

0
O
O


diterima drpd: Pn Syuhaila Elias (PPD Gombak)

oleh: Peg.Fasilinus Rahayu

Pemantauan JPN ke PPD Kuala Selangor

Salam,

Pada 12/04/2011 - 13/04/2011,  Pegawai -pegawai JPN telah datang memantau pengurusan Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor.

Pada 12/4/2011 - Pegawai JPN En.Mohd Yusof bin Abdul telah ditugaskan untuk memantau pengurusan fail FasiLINUS di PPD.  Beliau amat berpuas hati dengan sistem fail kami dan meminta agar borang pemantauan fasilinus menggunakan perkataan Instrumen Bimbingan, Dapatan Bimbingan dan Maklum balas bimbingan LINUS. Kami telah pun menghantar borang - borang tersebut ke Pengurusan Kualiti untuk sistem ISO seperti yang diarahkan.


 Pada 13/4/2011 Pegawai Fasilinus Tn Hj Misri bin Yahya telah mengiringi pegawai JPN En Mohd Yusof  dan Hajjah Puan Puan telah  memantau   LINUS dan KSSR di sekolah tersebut.  Pegawai Fasilinus Cik Rohaizan menjadi urusetia di SMK Raja Muda Musa untuk Program Peningkatan 2Q BM UPSR 2011.  Manakala, pegawai Fasilinus Pn.Rahayu, Pn Maznah dan En Razif menghadiri Kursus Orientasi Pegawai Baru Dewan Tursina Pusat Pengurusan Latihan di Shah Alam.

En Mohd Yusof dan Tn Hj Misri


En.Azmi Misron (Pen.Pengarah Kanan)JPN sedang memberi taklimat pemantauan


Timbalan PPD, En Hamid Takat


En Ahmad Radzi (Pegawai Meja Literasi)



Pn Jamilah bt Ali (Penyelia Unit Pendidikan Khas) JPN

Tn.Hj Abdul Khalid (Tuan PPD) bersama-sama mendengar dapatan JPN




by: Rahayu

Sunday, April 24, 2011

Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi Guru-Guru Literasi dari sekolah yang pencapaian saringan 3 di bawah 70% 2010

Selamat sejahtera...

Tn Hj Abdul Latiff memberikan ucapan beliau

Beberapa sekolah telah dipilih di negeri Selangor termasuk beberapa sekolah  dari daerah Kuala Selangor bagi menghadiri kursus ini. Kursus ini diadakan di Hotel GoldCourse Klang pada 20-22 April 2011 (Rabu - Jumaat).  Secara keseluruhannya, para peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti didik hibur untuk murid-murid Linus tegar, Linus dan kelas bercampur.

Kursus ini dibahagikan kepada beberapa slot yang mana dimulai dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Abdul Latiff bin A.Aziz selaku Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta JPN.  Beliau turut menyampaikan ucapan dan motivasi kepada para peserta kursus.  Seterusnya, slot pengisian kurikulum didik hibur modul asas 1 dan asas 2 yang merangkumi 12 konstruk dalam LINUS Literasi.  Terdapat juga aktiviti 'Jom Ubah' yang mana para peserta diminta berbaju sukan dan melakukan riadah yang dapat merapatkan lagi hubungan antara Fasilinus dan para peserta.  Tidak lupa, setelah aktiviti-aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran kelas LINUS  dilakukan...motivasi guru perlu diterapkan dalam hati sanubari guru agar kita sentiasa berasa dalam landasan yang betul iaitu melaksanakan  tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa terutama murid LINUS yang dahulunya sering dipinggirkan oleh guru-guru dalam aliran Perdana disebabkan kekurangan mereka dari segi P&P.

Banyak maklum balas dan reaksi yang positif kami dapati dalam perjalanan kursus ini.  Sebahagian besar daripada peserta telah menyatakan keseronokkan mereka menyertai kursus ini dan telah memberi idea baru kepada mereka untuk menjalankan P & P yang berkesan dalam kelas LINUS nanti.  Alhamdullilah, semoga hasrat murni kita sebagai para pembimbing dan pendidik sentiasa direstui yang maha kuasa.


Berikut saya kongsikan gambar-gambar sekitar kursus tersebut:
En.Ahmad Yusof (JPN) turut hadir semasa  aktiviti peserta kursus

antara kumpulan dari Kuala Selangor




slot ingat-mengingat






Antara puppet yang dibina oleh peserta secara spontan gunakan apa bahan yang ada






En.Ahmad Yusof dan En Azhar dari JPN

En.Ahmad Radzi (peg Meja Literasi) daerah Kuala Selangor turut hadir semasa kursus tersebut

En.Azmi Misron (Ketua Pen.Pengarah BM) turut menyaksikan aktiviti kumpulan peserta kursus

Barisan JU,  Fasilinus dari kiri: Rahayu, Zaleha, Afsah, Ummal Salmah
Depan: Noorhayati dan Syuhaila


ucapan terima kasih kepada semua pegawai, Fasilinus daerah dan para peserta yang telah bekerjasama sepanjang kursus ini.





    By:  Rahayu   

Taklimat Saringan 1 dan 4 kepada Penyelaras LINUS 2011

PELAKSANAAN   TAKLIMAT SARINGAN 1  DAN SARINGAN 4 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS), 2011


Satu taklimat berkenaan saringan 1 dan 4 telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh   : 29 Mac 2011
Masa     : 08.30 pagi – 01.00 tengah hari
Tempat : Dewan PPD Lama.

Pihak sekolah telah  menghantar seorang Penyelaras LINUS untuk mengikuti taklimat tersebut. 


En.Ahmad Radzi (peg.meja Literasi) sedang memberi ucapan

En.Abdul Aziz (Peg.meja Numerasi) memberi penerangan tentang data LINUS


barisan peg.Fasilinus Maznah, Rahayu dan Rohaizan.




                                 by:fasilinus Rahayu.                             


Tuesday, April 19, 2011

Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi Guru-Guru Literasi dari sekolah yang pencapaian saringan 3 di bawah 70% 2010

Selamat sejahtera,

Kursus ini  akan diadakan pada:

Tarikh: 20hb - 22hb April 2011 (Rabu - Jumaat)
Tempat  : Hotel Goldcourse Klang
Masa pendaftaran: 2.30 - 3.30 ptg
Taklimat : 3.30 ptg - 4.30 ptg

Sila bawa perkara sebagaimana berikut:

1. salinan muka depan buku akaun bank
2.salinan surat penggilan kursus
3.laptop dan pendrive
4.Gunting / alat tulis

Senarai nama sekolah yang terpilih telahpun dimaklumkan  melalui surat daripada JPN.
~Harap Maklum~

oleh: Rahayu Akhesah

Wednesday, April 13, 2011

Pemurnian Data LINUS Saringan 1 & 4, 2011

Penyelaras / Guru LINUS,
SK/SJKC/SJKT
Daerah Kuala Selangor

Dijemput tuan/puan untuk hadir ke PPD Kuala Selangor untuk pemurnian data LINUS Saringan 1 & 4 seperti yang berikut:

          Tarikh    : 14 April 2011 (Khamis)
          Masa     : 9.00 pagi - 4.00 petang
          Tempat  : Unit Pengurusan Akademik, PPD Kuala Selangor

Segala kerjasama tuan/puan amat kami hargai.

Terima Kasih.

FasiLINUS, PPD Kuala Selangor

Tuesday, April 12, 2011

Pengisian Data LINUS Saringan 1 & Saringan 4 ke Portal NKRA

Penyelaras/Guru Linus,

PERHATIAN:
1.     Pengisian data untuk jumlah murid Kohort 2(T1) & Kohort 1(T2) adalah berdasarkan  
        JUMLAH MURID SEBENAR dalam kelas tersebut.
        Contoh: SK DESA AMAN
                      Bil. Murid T1 dlm sek : 200 (Bil. Kelas: 5)
                      Bil. Murid T2 dlm sek : 140 (Bil. Kelas: 4)

2.     Pastikan jum. murid T1 & T2 yg ada dlm sek adalah jumlah yg perlu diisi ke dalam    
        portal NKRA.
        Cth. SARINGAN 1, T1 (5 kelas):
        1 A = 40 (semua perdana); isi data dlm kolum perdana
        1 B = 40 (semua perdana); isi data dlm kolum perdana
        1 C = 40 (semua perdana); isi data dlm kolum perdana
        1 D = 40 (35 murid perdana); isi data dlm kolum perdana & (5 linus); isi dlm kolum
                 LINUS
        1 E = 40 (20 murid perdana); isi dlm kolum perdana & (15 linus); isi dlm kolum
                 LINUS & (5 Tegar); isi dlm kolum LINUS TEGAR

        Jadi, JUMLAH MURID = 200 org

3.     Cara isi data SARINGAN 4, T2
        Bil. Murid T2: 140
        Bil. Kelas T2 : 4 kelas

       Cara mengisi data adalah sama seperti cara SARINGAN 1, T1 walaupun murid-murid
       berkenaan telah melepasi Saringan pada Tahun 1, 2010.

       Contoh:
       2 A = 40 (semua perdana); isi data dlm kolum perdana
       2 B = 40 (semua perdana); isi data dlm kolum perdana
       2 C = 40 (35 murid perdana); isi data dlm kolum perdana & (5 murid LINUS); isi data
                dlm kolum LINUS
       2 D = 20 (10 murid LINUS); isi data dlm kolum LINUS & (10 murid LINUS TEGAR); isi
                dlm kolum LINUS TEGAR

4.    Pastikan guru LINUS mengisi data dlm kolum yg BETUL.

Sekian, Terma Kasih...^-^

FasiLINUS Rohaizan 

Friday, April 1, 2011

Pelaksanaan Saringan 1 dan Saringan 4 Literasi Menulis dan Numerasi Bertulis Bagi Tahun 2011

Perhatian kepada semua Penyelaras / Guru LINUS
SK/SJKC/SJKT Daerah Kuala Selangor

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan LINUS Saringan 1 dan Saringan 4 akan berjalan pada ketetapan berikut:

                   Tarikh   :   4 - 8 April 2011
                   Masa     :   Waktu P&P bagi guru mata pelajaran Bahasa Malaysia,
                                   Matematik dan Guru Pemulihan Khas (Linus Tegar) 
                   Tempat :   Di sekolah masing-masing

Diharapkan semua guru-guru LINUS dapat menjalankan saringan Literasi Menulis dan Numerasi Bertulis dengan telus. 

Sekian, harap maklum.