Pages

Sunday, April 24, 2011

Kursus Pemantapan Kurikulum dan Pedagogi Guru-Guru Literasi dari sekolah yang pencapaian saringan 3 di bawah 70% 2010

Selamat sejahtera...

Tn Hj Abdul Latiff memberikan ucapan beliau

Beberapa sekolah telah dipilih di negeri Selangor termasuk beberapa sekolah  dari daerah Kuala Selangor bagi menghadiri kursus ini. Kursus ini diadakan di Hotel GoldCourse Klang pada 20-22 April 2011 (Rabu - Jumaat).  Secara keseluruhannya, para peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti didik hibur untuk murid-murid Linus tegar, Linus dan kelas bercampur.

Kursus ini dibahagikan kepada beberapa slot yang mana dimulai dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Abdul Latiff bin A.Aziz selaku Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta JPN.  Beliau turut menyampaikan ucapan dan motivasi kepada para peserta kursus.  Seterusnya, slot pengisian kurikulum didik hibur modul asas 1 dan asas 2 yang merangkumi 12 konstruk dalam LINUS Literasi.  Terdapat juga aktiviti 'Jom Ubah' yang mana para peserta diminta berbaju sukan dan melakukan riadah yang dapat merapatkan lagi hubungan antara Fasilinus dan para peserta.  Tidak lupa, setelah aktiviti-aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran kelas LINUS  dilakukan...motivasi guru perlu diterapkan dalam hati sanubari guru agar kita sentiasa berasa dalam landasan yang betul iaitu melaksanakan  tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa terutama murid LINUS yang dahulunya sering dipinggirkan oleh guru-guru dalam aliran Perdana disebabkan kekurangan mereka dari segi P&P.

Banyak maklum balas dan reaksi yang positif kami dapati dalam perjalanan kursus ini.  Sebahagian besar daripada peserta telah menyatakan keseronokkan mereka menyertai kursus ini dan telah memberi idea baru kepada mereka untuk menjalankan P & P yang berkesan dalam kelas LINUS nanti.  Alhamdullilah, semoga hasrat murni kita sebagai para pembimbing dan pendidik sentiasa direstui yang maha kuasa.


Berikut saya kongsikan gambar-gambar sekitar kursus tersebut:
En.Ahmad Yusof (JPN) turut hadir semasa  aktiviti peserta kursus

antara kumpulan dari Kuala Selangor




slot ingat-mengingat






Antara puppet yang dibina oleh peserta secara spontan gunakan apa bahan yang ada






En.Ahmad Yusof dan En Azhar dari JPN

En.Ahmad Radzi (peg Meja Literasi) daerah Kuala Selangor turut hadir semasa kursus tersebut

En.Azmi Misron (Ketua Pen.Pengarah BM) turut menyaksikan aktiviti kumpulan peserta kursus

Barisan JU,  Fasilinus dari kiri: Rahayu, Zaleha, Afsah, Ummal Salmah
Depan: Noorhayati dan Syuhaila


ucapan terima kasih kepada semua pegawai, Fasilinus daerah dan para peserta yang telah bekerjasama sepanjang kursus ini.





    By:  Rahayu   

0 ulasan:

Post a Comment