Kursus/Program Memperkasa Guru Linus Tahun 1 BM/MT telah dirancang oleh FasiLINUS pada awal tahun lagi. Kertas cadangan mengenainya telah dapat disiapkan pada bulan Disember 2010 dan mendapat kelulusan daripada Pegawai Meja Encik Ahmad Radzi bin Shaari pada 29 Disember 2010. Namun, bagi memantapkan lagi kursus ini, FasiLINUS telah menjalankan kerjasama dengan Unit Psikologi dan Kaunseling dan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Februari 2011. Ia dijalankan selama 1 hari dari jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat 70 orang guru Tahun 1 Literasi dan 70 orang guru Tahun 1 Numerasi dengan 4 orang FasiLINUS telah menghadiri kursus ini.
Pengisian kursus ini telah dirancang dengan penuh teliti. Slot awal telah diisi dengan ceramah bertajuk ‘Pemantapan Psikologi Guru BM/MT mengajar LINUS’. Slot ini telah disampaikan oleh En.Mohd Mohar bin Maarof yang merupakan Kaunselor di PPD Kuala Selangor. Slot ini amat perlu diberi kepada guru-guru yang baru melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS di sekolah. Amatlah diharapkan slot ini dapat memberi keyakinan dan semangat yang jitu dalam kalangan guru-guru untuk melaksanakan LINUS di sekolah. Seterusnya, dapat memenuhi kehendak kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid yang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Seterusnya, Pn Rosmimah Embi yang merupakan guru Inovasi telah memberi penerangan tentang konsep pengajaran LINUS dalam kelas. Beliau turut memberi tunjukajar membuat Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang dapat dibina sendiri oleh guru-guru bersama-sama murid-murid. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan pasti dapat menerapkan konsep didik hibur dalam kelas nanti. Beliau telah berjaya menarik minat guru-guru untuk bersiap sedia menjadi guru mengajar kelas LINUS.
Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Meja En.Ahmad Radzi bin Shaari (Ketua Unit Pengurusan Akademik). Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan turut dihulurkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Adalah amat diharapkan dengan adanya kerjasama yang erat dan usaha yang padu digemblengkan bersama-sama FasiLINUS, Pegawai Meja, Unit Psikologi dan Kaunseling, Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid serta para pentadbir dan guru-guru ini, murid-murid LINUS dapat dikurangkan dan masalah celik huruf dan celik angka akan dapat diatasi menjelang 2012 nanti.
En.Mohd Mohar Kaunselor Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kuala Selangor |
FasiLINUS Rahayu dan Maznah |
Pn.Rosmimah Embi (Guru Inovasi) menerangkan pengajaran dan BBM LINUS |
![]() |
En Ahmad Radzi sedang memberi ucapan penutup. |
![]() |
Aktiviti-aktiviti dalam kursus |
![]() |
FasiLINUS Mohd Razif dan Misri |
![]() |
Pen.PPD Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Pn,Hanita Yusof turut bekerjasama dengan FasiLINUS |
0 ulasan:
Post a Comment