Pages

Saturday, January 1, 2011

TAHNIAH KEPADA GURU MENGAJAR LINUS 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat semua guru yang telah terpilih untuk mengajar kelas LINUS pada tahun 2011, TAHNIAH kami ucapkan.  Terimalah setiap yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan hati yang terbuka.  Sedih rasanya  apabila kami dengar ada guru yang mengelak dan enggan mengajar kelas LINUS atas sebab-sebab tertentu.

Namun, percayalah, jika hari ini kita mengajar murid di kategorikan LINUS menjadi murid yang berjaya suatu hari nanti maka guru-guru akan merasai pelbagai perasaan sedih berbaur gembira,suka dan  terharu apabila murid-murid tersebut berjumpa cikgu suatu hari nanti dan mengucapkan ribuan terima kasih.. Jika tidak pun,  mereka tetap akan mengingati kita dan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kita.

Untuk semua guru,  saya masih ingat akan kata-kata seorang pegawai JPN bahawa 'guru umpama matahari yang memberi sinar kepada manusia".  Tambahnya lagi, jangan sampai murid kita berdoa...."Ya Allah, janganlah cikgu itu datang hari ini". Sebagai guru kita pasti akan berasa bangga apabila murid kita berkata "Kenapa cikgu tak datang semalam?" Itu bermakna kedatangan kita sentiasa ditunggu-tunggu.

Cikgu, kita kena betulkan apa yang patut kita betulkan, jangan fikirkan kata-kata negatif orang lain.

Akhirnya, buat semua guru yang mengajar kelas LINUS 2011 terutama di Daerah Kuala Selangor,  elakkan menghantar wakil jika dipanggil untuk berkursus, berkorbanlah masa untuk datang ke kursus tersebut. Ini kerana akan berlaku banyak kecairan maklumat dan apa yang disampaikan tidak sama dengan apa yang diberi semasa berkursus.

Tahniah sekali lagi daripada kami. "Murid cemerlang, cikgu yang mengajar Gemilang"

Nukilan: Fasilinus Rahayu Akhesah.

0 ulasan:

Post a Comment