Pages

Friday, November 19, 2010

MESYUARAT PEMANTAPAN PENDEKATAN BIMBINGAN FASILINUS (LITERASI ) BAHASA MELAYU NEGERI SELANGOR 2010 - by Rahayu Akhesah


En.Yusof (JPN) sedang memberi taklimat 

En.Radzi (Pen.Peg.PPD K.Sel) turut memberi ucapan beliau.

kusyuk mendengar taklimat


Sektor Pengurusan Akademik, Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat pemantapan pendekatan bimbingan fasilinus (literasi) pada:

Tarikh   :  28 NOV - 30 NOV 2010 (Ahad - Selasa)


Tempat :  Hotel Golden Straits Villas,
               Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selepas ini, Fasilinus berharap dapat memberi bimbingan yang  berkualiti kepada cikgu-cikgu khasnya di Daerah Kuala Selangor. Terima kasih.

TAHNIAH GURU LINUS THN 2, 2011.....by Fasilinus Rahayu Akhesah

Pada 20 - 22 Oktober 2010,  Guru LINUS Tahun 2 Kuala Selangor, 2011 telah mengikuti Kursus LINUS Tahun 2, Kursus Literasi di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands. Kursus Numerasi di Hotel Impian, Morib Banting dan Hotel Putra pada 10 -12 November, 2010. Tahniah kepada yang  mengikuti kursus tersebut. Mana-mana sekolah yang menghantar wakil guru maka pastikan 'in house training telah dilaksanakan.  Kalau tunggu lama-lama nanti, cikgu2 dah terlupa langsung nak buat atau berlaku sebarang kecairan maklumat.  Guru LINUS Tahun 2 telah didedahkan dengan  Modul Guru dan Murid LINUS Tahun 2. Oleh itu, guru mempunyai  peranan  yang amat penting dalam menentukan berjaya atau gagal LINUS Tahun 3, 2012.
FasiLINUS mestilah dimaklumkan tentang tarikh 'in house training' atau kursus dalaman di sekolah masing-masing bagi memberi ruang kepada FasiLINUS memberikan bimbingan yang diperlukan. Guru Pemulihan Khas di sekolah cikgu juga mestilah  didedahkan dengan penggunaan Modul Guru dan Murid Tahun 1 dan 2. Ini merupakan modul utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran LINUS dan LINUS Tegar. Tahniah dari pada kami sekali lagi kerana guru-guru telah dipilih oleh pihak pentadbir dalam melaksanakan LINUS di sekolah.  Guru-guru telah dikenalpasti oleh pentadbir sebagai guru yang komited dalam menjalankan tugas ini.  Anak didik cikgu yang berjaya memasuki aliran perdana adalah kejayaan cikgu yang sentiasa dikenang oleh anak murid dan  jasa2 guru itu hanya dapat dibalas oleh yang Maha Esa.

Sunday, November 14, 2010

headcount (cth) -by Rahayu Akhesah

Headcount
Contoh:
bil
Saringan
tegar
linus
perdana
jumlah
Tov (%)
Etr (%)
Ar (%)
1
Saringan 1
1
4
20
25
90
90
80
2
Saringan 2
0
2
23
25
80
90
92
3
Saringan 3
0
0
25
25
92
90
100


Tov:  perdana            X 100% = ………???
     Jumlah murid


TOV: Take off value
Etr: expected target result
Ar: actual result