Pages

Friday, October 28, 2011

KEMBARA LINUS DI DAERAH KUALA SELANGOR OLEH IPG TEKNIK CHERAS DGN KERJASAMA JPN DAN PPD KUALA SELANGOR

Program Kembara  LINUS  anjuran IPG, Kampus Pendidikan Teknik dan JPN dengan kerjasama PPD Kuala Selangor telah mengadakan program ini  pada 20 September (Selasa) dan 22 September  2011 (Khamis).  Program ini melibatkan  seramai  15 orang pensyarah IPG Teknik, Cheras.  Program ini  amat bermakna kerana inilah julung-julung kalinya penglibatan para professional dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.   Para pensyarah bukan sahaja memberi ceramah dan bimbingan kepada guru-guru malah turut bersama-sama menggembleng tenaga menyediakan pengajaran dan pembelajaran didik hibur kepada murid-murid tegar sekolah terpilih.

            Program ini diadakan selama 2 hari yang mana pada 20 September 2011 sekolah SK Dato Maharajalela menjadi tuan rumah untuk Literasi manakala  SK Sungai Burong menjadi tuan rumah pada 22 September 2011 untuk Numerasi. 

            Dalam program ini, seramai 15 orang pensyarah telah dibahagikan kepada 2 bahagian yang mana 2 orang pensyarah telah memberi ceramah didik hibur kepada guru-guru dan selebihnya memberi bimbingan kepada murid-murid tegar.  Guru-guru pengiring iaitu guru LINUS dan guru pemulihan turut terlibat mengawasi murid-murid tegar tersebut. 

            Kesimpulannya,  program ini amat bermanfaat dilaksanakan kerana guru-guru linus telah mendapat pendedahan daripada para pensyarah.  Sebelum ini,  mereka telah mengikuti kursus  anjuran JPN dan PPD sahaja.  Murid-murid tegar juga amat teruja kerana mendapat bimbingan selain guru-guru yang telah biasa dengan mereka.  Ternyata mereka menunjukkan respon yang baik dan dapat bersama-sama menyertai setiap aktiviti didik hibur yang dijalankan oleh para pensyarah.   Secara tidak langsung,  ianya memberi peluang kepada para pensyarah membimbing murid-murid tegar secara terus dan merasai sendiri pengalaman mengajar murid-murid berumur 8 tahun.

            Program ini juga telah diakhiri  dengan ucapan  penutup majlis oleh En.Ab Rahim bim Md Yassin selaku Ketua Jabatan Pengajian Melayu di IPG, Teknik Cheras. Amatlah diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  Sememangnya amatlah dialu-alukan kerjasama para professional untuk terlibat dan memberi contoh dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah demi masa depan murid-murid kita terutama murid tegar yang sering dipinggirkan dalam arus perdana pendidikan.

            KEMBARA LINUS DI SK DATO MAHARAJA LELA PADA 20/9/2011

Pensyarah IPG bersama-sama murid


sesi pensyarah bersama-sama guru LINUS

murid-murid seronok melaksanakan aktiviti didik hibur

guru tekun mendengar penerangan pensyarah


aktiviti bercerita oleh pensyarah IPG


             KEMBARA LINUS DI SK SUNGAI BURONG PADA 22/09/2011

murid-murid sedang menerima taklimat

sesi didik hibur dengan pensyarah IPG






Add caption


gambar-ambar aktiviti didik hibur guru

Guru Besar SK Sg Burong memberi ucapan penutup

bergambar kenangan dengan pensyarah IPG, En Anuar, JPN, Pn Jamilah dan Zazaluma.



Ketua Jabatan BM di IPG Teknik Cheras, En.Ab Rahim