Pages

Monday, July 25, 2011

KARNIVAL KASIH LINUS PPD DAERAH KUALA SELANGOR ANJURAN FasiLINUS

Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pada 14 JULAI 2011, pegawai FasiLINUS di PPD Kuala Selangor  telah menganjurkan Karnival Kasih LINUS bertempat di Dewan UMNO Kuala Selangor.  Walaupun, kami menghadapi sedikit masalah teknikal untuk menjayakan karnival ini, namun berkat kesepakatan dan keazaman kami Karnival Kasih LINUS ini berjaya dilaksanakan.  Namun, kami amat berterima kasih dengan  kerjasama yang ditunjukkan oleh pegawai dari NKRA iaitu En Zuhari Duhashim dan Pegawai dari BPKhas (Bahagian Pendidikan Khas) , Pn Hjh Zaleha dan Pn Mazlifah,Putrajaya yang turut memberi 'lampu hijau' kepada kami untuk melaksanakannya.

Karnival yang dirancang pada awalnya untuk mengenalpasti masalah dan tahap kebolehan murid-murid tegar  sama ada berkembang dengan pertumbuhan seperti umur mereka atau sebaliknya diubah kepada aktiviti didik hibur untuk murid tegar agar karnival ini tidak bertindan dengan instrumen saringan pengesanan murid berkeperluan khas. 

Kami juga berterima kasih kepada Pn Hjh Zaleha dari BPKhas, Pn Mazlifah (BPKhas) yang telah banyak menyumbang agar karnival yang dirancang  dapat dilaksanakan juga.  Akhirnya, Karnival  ini telah dijayakan dengan ceramah "Pengenalan: Murid Berkeperluan Khas" oleh Pn Mazlifah bt Mohamad Peg.Perkhidmatan Pendidikan Khas, KPM. Diikuti aktiviti didik hibur oleh guru inovasi, En Muhammad Soleh Halim  dan Jurulatih-jurulatih Utama Pemulihan.  Mereka telah memberikan aktiviti-aktivti yang dapat menarik perhatian murid-murid tegar tersebut.  Apatah lagi, murid-murid tersebut turut diberi cenderahati dengan beg yang cantik mengandungi pensel warna, gambar mewarna dan buku LINUS Literasi.

Berikut kami kongsi bersama-sama gambar-gambar sekitar karnival Kasih Linus dilaksanakan di daerah kami di Kuala Selangor...


sesi pendaftaran





bacaan doa oleh Ustaz Yusof

dari kiri: En.Mt saafien, En Radzi, Tn Hj Jahaya, En Sharim dan Pn Mazlifah


Guru Inovasi En Halim Solleh dan isteri




En Ahmad Radzi (pegawai meja Literasi) selaku ketua unit akademik membuat ucapan













Pn Mazlifah dari BPKhas memberikan ceramah

seorang bapa turut mengajar anaknya melakukan aktiviti LINUS
Barisan JU Pemulihan yang memberikan kerjasama penuh terhadap karnival


Tn Hj Jahaya (Timb.Ketua UMNO Bhg K.Sel, Penyelaras Parlimen K.Sel merasmikan Karnival

En.Sharim dari BPG,  dan Pn Mazlifah dari BPKhas (pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia)

En.Mt Saafien dan En Radzi (Pen,PPD Kuala Selangor)

En Ahmad Yusof dari JPN dan En Zaimi (Pen.PPD K.Sel)



antara pegawai FasiLINUS  dari kiri Pn Norlela, Pn Rahayu dan Cik Rohaizan. bersama-sama Pegawai fasiLINUS Jemputan Pn Syuhaila (PPD Gombak) dan Pn Norhayati (PPD Petaling Perdana)


'goodies' untuk murid-murid LINUS tegar:






                                                          gambar sekitar sebelum karnival










Terima kasih tidak terhingga dengan semua sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terhadap Karnival Kasih LINUS yang telah  dilaksanakan dengan jayanya.