Pages

Monday, March 21, 2011

Kemasukan Data Saringan 1 dan Saringan 4, LINUS 2011

Tarikh memasukkan data ke Portal NKRA telah ditetapkan pada 11 - 22 April 2011 tetapi untuk Daerah Kuala Selangor, Penyelaras LINUS dikehendaki memasukkan data sehingga 15 April 2011

Namun begitu,  mana-mana sekolah yang mempunyai masalah dalam memasukkan data, boleh hadir ke PPD Kuala Selangor untuk dibimbing oleh FasiLINUS pada:

               Tarikh   :   14 April 2011
               Masa    :    9.00 pagi - 4.00 petang
               Tempat :   Blok B, Unit Pengurusan Akademik PPDKS

Sila bawa bersama data Literasi dan Numerasi Saringan 1 & Saringan 4, 2011 untuk dimasukkan ke dalam portal NKRA.

Terima kasih.

Taklimat Saringan 1 dan 4 kepada Penyelaras LINUS 2011

Makluman kepada semua Penyelaras LINUS, 2011

Taklimat tersebut akan diadakan pada:

Tarikh  : 29 Mac 2011

Tempat: Dewan PPD Lama

Jam     : 08.30pagi  - 1.00 tengah hari.

Perhatian:  Hanya seorang Penyelaras sahaja dalam setiap sekolah hadir semasa taklimat dijalankan.

Terima kasih.

Pengambilan Bahan Saringan 1 dan Saringan 4 Bertulis LINUS, 2011

Makluman kepada Penyelaras/Guru LINUS
SK/SJKC/SJKT Daerah Kuala Selangor

Tuan/Puan boleh mengambil bahan Saringan 1 dan 4 bertulis LINUS di PPD Kuala Selangor pada:

                           Tarikh  : 1 April 2011
                           Masa   : 8.30 pagi - 4.30 petang
                           Tempat: Unit Pengurusan Akademik, PPD Kuala Selangor

Sekian, terima kasih.

Kursus Memperkasa Guru LINUS Tahun 1 BM & MT

Kursus/Program  Memperkasa Guru Linus Tahun 1 BM/MT  telah dirancang oleh FasiLINUS pada awal tahun lagi.  Kertas cadangan mengenainya telah dapat disiapkan pada bulan Disember 2010  dan mendapat kelulusan daripada Pegawai Meja Encik Ahmad Radzi bin Shaari pada 29 Disember 2010.  Namun, bagi memantapkan lagi kursus ini, FasiLINUS telah menjalankan kerjasama dengan Unit Psikologi dan Kaunseling dan Unit Bimbingan Kaunseling  dan Kerjaya  Murid.

Kursus ini telah  dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Februari 2011.  Ia  dijalankan selama 1 hari dari jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang.  Terdapat 70 orang guru Tahun 1 Literasi dan 70 orang guru  Tahun 1 Numerasi dengan 4 orang FasiLINUS telah menghadiri kursus ini.

Pengisian kursus ini telah dirancang dengan penuh teliti.  Slot awal telah diisi dengan ceramah bertajuk ‘Pemantapan Psikologi Guru BM/MT  mengajar LINUS’.  Slot ini telah disampaikan oleh  En.Mohd Mohar bin Maarof yang merupakan Kaunselor di PPD Kuala Selangor.  Slot ini amat perlu diberi kepada guru-guru yang baru melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS di sekolah. Amatlah diharapkan slot ini dapat memberi keyakinan dan semangat yang jitu dalam kalangan guru-guru untuk melaksanakan LINUS di sekolah. Seterusnya,  dapat memenuhi kehendak kerajaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid yang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Seterusnya, Pn Rosmimah Embi yang merupakan guru Inovasi telah memberi penerangan tentang konsep pengajaran LINUS dalam kelas. Beliau turut memberi tunjukajar membuat Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang dapat dibina sendiri oleh guru-guru bersama-sama murid-murid.  Aktiviti ini amat menyeronokkan dan pasti dapat menerapkan konsep didik hibur dalam kelas nanti.  Beliau telah berjaya menarik minat guru-guru untuk bersiap sedia menjadi guru mengajar kelas LINUS.


En.Mohd Mohar Kaunselor Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kuala Selangor 
 Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Meja En.Ahmad Radzi bin Shaari (Ketua Unit Pengurusan Akademik).  Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan turut dihulurkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Adalah amat diharapkan dengan adanya kerjasama yang erat dan usaha yang padu digemblengkan bersama-sama FasiLINUS, Pegawai Meja, Unit Psikologi dan Kaunseling, Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid serta para pentadbir dan guru-guru ini, murid-murid LINUS dapat dikurangkan dan masalah celik huruf dan celik angka akan dapat diatasi menjelang 2012 nanti. 




FasiLINUS Rahayu dan Maznah
 
Pn.Rosmimah Embi (Guru Inovasi) menerangkan pengajaran dan BBM LINUS





En Ahmad Radzi sedang memberi ucapan penutup.
Aktiviti-aktiviti dalam kursus


FasiLINUS Mohd Razif dan Misri



Pen.PPD Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid Pn,Hanita Yusof turut bekerjasama dengan FasiLINUS


Kursus Pemantapan Fasilinus Siri 1 2011 Program Literasi & Numerasi di EMPRESS Hotel, Sepang


En.Azman Kosnan Pen.Pengarah BPG menyampaikan pengisian kursus





Peserta kursus membuat perbincangan kumpulan



Timbalan Pengarah BPK sedang memberikan penerangan dan sasaran LINUS

Pada 28/2/2011 - 3/3/2011, Semua FasiLINUS Zon Tengah iaitu Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya telah berkursus untuk memantapkan lagi pengetahuan pedagogi  dan konsep LINUS itu sendiri.  Kursus ini adalah di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru.  Antara lain yang terlibat dalam kursus ini ialah Pegawai NKRA sendiri En.Zuhari Duhashim,  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pembangunan Kurikulum, IPGM, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Khas.

En.Anuar Abd Ghani memberikan beberapa aktiviti didik hibur dalam LINUS